30.8.10

Mangkuk mana la yang dok pi jarum Sultan Selangor Ni?

Mangkuk ni ka apa ka Kes Ahli Parlimen Serdang yang dikatakan memberi tazkirah dalam Surau Al-Huda telah diekploitasi dengan sepenuhnya oleh media dan pecacai kaldai uMNo. Telah menjadi satu kegemparan dalam negara apabila berita yang tersebar secara meluas dalam Utusan Mangga (Malaysia)yang hanya memaparkan berita sensasi sejak kebelakangan ini. Yang hairannya mangkuk mana la yang dok pi buat cerita tak betui kat Sultan Selangor ni. Takdak dah ka Mufti yang boleh dijadikan rujukkan selain daripada pecacai uMNo dalam MAIS DAN JAIS tu.
Bukannya MAIS DAN JAIS tak tahu bahawa ada fatwa yang membenarkan orang bukan Islam boleh hadir kedalam Masjid ataupun Surau. Langsung tidak ada halangan selagi pihak yang hadir tersebut mendapat izin dan tidak bertentangan dengan keadaan yang membenarkan. Nak tahu lebih lanjut rujuk la Majlis Fatwa. Nak tulispun puak uMNo bangang ni bukannya tahu apa. Bab yang boleh depa kata tak boleh dan bab yang tak boleh depa ni kata boleh pula.
Nak kata pihak bukan Islam ni ada hadas besar ka kecik ka makan babi ka minum arak ka yang tu lain la.Zaman Nabi Muhammad dahulupun ada pihak yang bukan berugama Islam masuk kedalam masjid untuk berjumpa dengan Nabi. Nabi Muhammad tak pernah larangpun. Takkanlah puak MAIS dan JAIS pecacai uMNo ni lebih pandai dari Nabi kot?. Tanyalah dahulu orang yang pandai bab agama sebelum pi maklumkan kepada Sultan Selangor. Sampai murka Baginda dibuatnya akibat dari salah maklum tentang hal Ahli Parlimen Serdang tu. Mana dia pi Mufti uMNo yang sedang gah sekarang ni.Nama apa dia yang selalu Harus tu. Tak pun ahli ular semak yang 40 tu. Tak boleh rujuk kat depa dulu ka. Tidakkah sekarang ni nampak sangat yang uMNo nijahil lagi bodoh sombong.Takkah malu muka.
Rujuk la dulu orang yang arif bab permasalahan agama jangan dok tonyoh saja uMNo ooooii!
Teo dapatkan pandangan Tok Guru Nik Aziz

20.8.10

Berapa kali dah nak tulis.Zahid ni memang bodoh/baghal

Tasek Gelugor,Permatang Pauh dan Gelugor sememangnya telah dikenali sebagai lubok Umno piang yang karat biru. Cumanya Permatang Pauh tu adalah sedikit yang karat tak boleh kikis tu. Bila si Zahid musibat baghal ni kata doa dalam khutbah Jumaat disebut nama Lim Guan Eng bagi menggantikan doa kepada Yang Di Pertuan Agong maka nampaklah yang sebenarnya Zahid Hamidi ni bodoh dan buta agama orangnya. Lebih baik la si Zahid ni makan babi dengan minum arak semasa berbuka puasa. Tak ada maknanya jadi orang Islam kalau fitnah dan hasutan sentiasa dok ada di bibir mulut saja. Tak habis-habis dengan sifat bodoh dan dungunya nak perbodohkan orang Melayu Pulau Pinang.
Orang atasan Pas sepatutnya toksah dok layan la kenyataan serta tuduhan dari orang dungu ni. Jangan dok layan la tuduhan daripada Ketua Pemuda Umno si Khairy tu. Biaq la kami orang bawahan saja yang jawab segala tuduhan yang tidak berasas ini.Apa komen blogger Umno piang pulak tentang gambar ni?

19.8.10

Ops Lalang dah nak bermula.

Perlembagaan baru yang canangkan oleh Mufta Sensasi Harusssssani nampaknya sudah menjadi bahan rujukan kepada pecacai serta soldadu pepatung Umno. Terkini kenyataan bahawa PR yang dianggotai oleh PAS dan PKR menjadi orang suruhan dalam memanipulasi bangsa melayu dalam menterjemahkan Perlembagaan Baru sehingga membawa kepada penghapusan hak keistimewaan orang melayu.
Nampaknya pemimpin PR harus segera bertindak dalam mengatasi tuduhan yang tidak berasas ini. Jangan tunggu sehingga puak Perkasa yang sedang sibuk melayan kerenah MCA sekarang ini kembali sembuh dari demam kepialu yang tak nak kebah.Cakap Perkasa sekarang ni tengah laku. Mentang-mentanglah orang kuat yang jadi penaungnya adalah Che Det Ali Kutti.
Akhbar Meloya ni memang dah tak laku dah. Melayu cuma beli nak tengok keputusan nombor ekor ja. Melayu dah tak baca berita sensasi.

18.8.10

Politik UMNO yang menjahanamkan.

Apa yang UMno hendak selindungkan disebalik setiap perbuatan yang terus-menerus menekan segala pergerakkan Pakatan Rakyat dengan membangkitkan segala macam tohmahan dan tindakan agresif dengan memperalatkan segala jentera kerajaan. Semacam ada satu misteri bahawa UMNO BN mesti terus kekal berkuasa.Seandainya hilang kuasa maka akan timbullah dalang disebalik segala percaturan permainan kuasa UBN ini. Rasanya bukan setakat rahsia jenayah,rasuah,salahguna kuasa dan salahguna wang kerajaan (wang rakyat) tetapi ada sesuatu yang ingin dipertahankan. Mengapa sebagai seorang Muslim Perdana Menteri Najib takut untuk menerima seadanya bahawa ALLAH mengira setiap kejahatan dan setiap kemungkaran akan dibalas dengan api neraka. Tidakkah Najib sedar bahawa beliau adalah punca segala masalah kemaksiatan dan kemungkaran ini.
Sebagai ketua eksekutif negara segala kuasa memberi arahan adalah dibawah bidang kuasa beliau. Tidakkah beliau yakin sebagai seorang yang beragama Islam segala kebaikan dan segala ajakan kepada kebaikan akan dibalas syurga akhirnya. Tidakkah mahu beliau dipenghujung usia ini ingin melakukan satu perubahan dengan kuasa yang ada membatalkan sebarang bab yang membawa kepada kemungkaran?. Tidak ingatkah beliau akan mati yang akan menjemput bila-bila masa?. Tidak takutkah beliau akan mati. Adakah sudah terlupa akan hari akhirat. Hari pembalasan dimana segala perbuatan jahat beliau yang berterusan menyokong hal yang menyebabkan rakyat hidup dalam kemungkaran akan dihisab sehalus-halusnya.?.
Sudah pasti ada sesuatu yang menyebabkan beliau berterusan mempertahankan prinsip UMno yang sudah nyata memesongkan.Kenapa beliau harus takut untuk menerima kenyataan bahawa segala perbuatan dan perjalanan ego UMno adalah salah.Bukankah beliau berugama Islam. Dan dimanakah salahnya ajaran Islam. Adakah beliau telah dipengaruhi oleh satu kefahaman bahawa Islam tidak boleh ditegakkan sepenuhnya kerana akan timbul nanti bayang hitam yang selama ini mengheret pemikiran UMno yang memerintah dalam satu arah yang menjurus umat Islam di Malaysia kepada kerosakkan akidah. Ada dalang sebenarnya yang cuba memesongkan akidah umat Islam di Malaysia. Yang mengurus tadbir adalah Melayu UMno tetapi yang memberi idea dan sogokkan minda adalah satu pihak yang kita pasti akan kenal pasti seandainya UBN tumbang dalam pilihanraya nanti.
Akan kita ajukan soalan kenapakah UMno takut untuk membina negara berlandaskan suruhan ALLAH. Adakah Najib terlupa kuasa manusia hanya pada ketika masih bersuara dan berpijak dikaki yang dua sahaja. Kuasa ALLAH adalah segalanya.