25.2.10

Budget kena potong.Aku jugak susah.

Pandai la Kementerian Pelajaran ni. Dalam banyak Kementerian kat Malaysia ni awat la kementerian ni yang Najib potong budjet dia. Banyak la orang dok komplain. Tambah-tambah lagi kerani pejabat sekolah bahagian kewangan. Nak belanja susah. Takdak duit.
Termasuk la sekali dengan aku. Silap aku la jugak kot.Hantar claim lambat. Kerja dah siap tahun lepas lagi. Kemudian sambung pulak awal tahun. Bulan dua baru antar claim. Tup-tup kerani kewangan bagitau budjet tak cukup la. Kena tunggu sat. Apa boleh buat tunggu la. La ni diaorang tak berani panggil buat kerja lagi. Takut lambat bayar. Benda yang dok jadi masalah kat sekolah tu pakai sajalah. Katanya. Tapi kita ni jenis yang tak kisah la. Kalau setakat verbal consulting atau teknikal problem tu tak kira harga. Free saja.Tu yang diorang rasa syok tu. Dapat jimat duit. Aku bukannya apa kesian la jugak kat diorang ni. Kalau claim yang bukan-bukan bila audit tanya susah jugak nak jawab. Bukan macam yang sebelah sana. Apa-apatah yang dibuat tapi claimnya masyaallah. Takut. Kena pulak jenis kerani yang nak makan komisen. Maka bertambahlah lagi claim tu. Macam bagi rasuah la. Nak dapat job hulur sikit. Dah biasa dah benda macam ni. (bagi yang tak takut mati la).
Ini semua kerana Permata yang hilang( Permata ) si Rosmah tu lah punya angkara. Merata-rata tempat pusat pendidikan dok sembang bab ni la. Termasuk sekali dengan guru-guru yang tak puas hati. Apa tunggu lagi teruskan rasa tidak puas hati anda tu sehingga PRU13 nanti.

21.2.10

Demonstrasi bantahan Program Umno Juara Rakyat di Bukit Indera Muda

Hari ini satu demonstrasi membantah program Umno Juara Rakyat telah diadakan dihadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda dalam Dun Permatang Pasir bagi Parlimen Permatang Pauh. Kehadiran beberapa pemimpin Umno bagi menjayakan program ini dengan menggunakan Sekolah sebagai tempat urusan parti politik amatlah dikesali. Sekarang ini Umno yang amat terdesak sanggup menggunakan harta hak milik kerajaan sebagai harta mak bapak mereka. Yang hairannya Pengetua PIBG yang sepatutnya tampil kehadapan membantah program parti politik dalam dalam kawasan sekolah tidak berlaku. Macamlah Umno tu tuhan. Takut sangat sampaikan semunya perlu dituruti.Sampaikan polis yang sepatutnya menjaga kepentingan awam sanggup menurut kata pemimpin Umno ni. Hai makan duit haram tak takut ka. Takkan sebab baru dapat kenaikan gaji semua arahan perlu diikuti. Perkara ini amatlah dikesali. Takkanlah takut hilang jawatan kot?. Apa-apapun kita layanlah saja gambar-gambar ini.

19.2.10

Amerika tak layan la kes balun bontot ni

Amerika Tidak Campur Tangan Dalam Kes Liwat Anwar - Jamaluddin ROMPIN: Amerika Syarikat (AS) tidak pernah campur tangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis. Katanya, pentadbiran Presiden Barrack Obama setakat ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan supaya kes yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digugurkan. "Belum ada apa-apa yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sepayang di sini, semalam. Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rompin, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry, Selasa lalu, yang meminta kerajaan Malaysia supaya perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil. Katanya, kenyataan Kerry itu bagaimanapun tidak menggambarkan pendirian Rumah Putih. "John Kerry meminta supaya sistem kehakiman di Malaysia adil... memang sistem perundangan kita adil pun," tegasnya. Jamaluddin berkata Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan Kerry itu dalam masa terdekat ini. Katanya, Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam mengendalikan kes Anwar dan boleh diselesaikan tanpa bantuan pihak luar. Baru-baru ini, 50 ahli Parlimen Australia telah menghantar bantahan rasmi supaya Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar. Anwar, 63, sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA
Yang pastinya cerita liwat Anwar ni banyak diperkatakan di kedai kopi kat Amerika nu.Bukan kat Amerika sahaja malah seantero dunia telah sedia maklum akan kes ini. Maklumlah yang jadi kepala dok sembang cerita ni ada pangkat loo. Bukan macam ketua Umno cawangan kat pedalaman Sabah nu.

Saiful terkena selsema. Perbicaraan tertangguh.

Mahkamah hari ini telah menangguhkan perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung kesatu tarikh apabila diminta oleh peguamcara setelah dimaklumkan Saiful terkena selsema babi. Dikhabarkan bahawa Saiful tidak dapat menghadiri perbicaraan kes tersebut. Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk seperti penyebaran virus selsema babi maka mahkamah dengan rasa sukacitanya memaklumkan perbicaraan ditangguhkan. (Seperti yang dimimpikan malam tadi).
Betulkah itu yang sebenarnya kenapa perbicaraan tertangguh. Sebelum ini sebarang penangguhan kes sering kali disalahkan kepada pihak pembelaan. Tuduhan melambatkan proses perbicaraan dan sebagainya dilemparkan kepada pihak pembelaan. Hakim Mahkamah Tinggi hari ini menyatakan sekiranya beliau menarik diri dari mendengar kes ini bermaksud beliau lari dari tanggungjawab sebagai hakim.(Dalam hati kalau aku tak dengar kes ini macam mana la aku nak dapat habuan lepas ni. Tak naik pangkat la aku. Tak masyuk la). Selepas dituduh berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan terhadap akhbar yang menyiarkan berita yang boleh dianggap menghina mahkamah pihak pembelaan meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri. Penangguhan sehingga 25 Mac adalah bagi mendengar rayuan penolakan menarik diri.
Hai Mahkamah Rayuan lagi. Tak payah la masuk Mahkamah Rayuan. Kompom kalah punyalah. Kan aku dah kata sebelum ni Mahkamah Rayuan tu harta benda Najib dan Rosmah punya. Bukan Anwar punya. Najib dan Rosmah punya.(Berkaitan dengan tuduhan Karpal Singh bahawa Najib dan Rosmah dalang kes liwat 2). Ditambah lagi gelaran Datuk dan Datuk Wira anugerah dari kerajaan BN-Umno. Maka kenalah jaga hati majikan. Takkan nak bagi majikan kalah kes kot? Tak gitu.

17.2.10

Doktor menipu dalam rawatan perubatan?

Hari ini rayuan membatalkan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim ditolak. Antara alasannya adalah laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa Saiful adalah tidak menyakinkan.Maklumlah doktor ada kelulusan yang dibeli. Sekarang ini satu laporan polis harus dibuat terhadap doktor ini kerana menipu semasa mengeluarkan laporan perubatan mereka.
Besok-besok ni kalau anak si Abu Samah ni kena rogol jangan pi jumpa doktor sebabnya kalau bawak bicara laporan doktor tidak boleh digunakan lagi. Hanya keterangan lisan si yang kena rogol dan laporan keterangan forensik saja boleh diguna pakai. Kena la si peguam tu pandai maka terlepas la perogol tu. Lagi satu kalau laporan perubatan tiga doktor tersebut tidak boleh digunakan kerana tidak menyakinkan, doktor mana pula yang memeriksa dubur Saiful. Siap boleh korek ambil air mani. Tak keluar sekali dengan shitnya kah. Kalau ada shitnya pandai lak sipemeriksa tersebut mengasingkan air mani dengan air shit. Nampaknya satu doktor misteri dapat mengalahkan 3 doktor bertauliah (palsu,kerana laporan mereka tidak menyakinkan) dalam kes liwat 2 ini.
Lagi satu lain kali tengok dulu hakim mana yang mendengar kes mahkamah rayuan kalau yang ada pangkat Datuk ka, Datuk Wira ka tak payah la masuk bicara sure kalah punya. Awal-awal la tarik diri dari membuang masa naik turun mahkamah.

Tak letak jawatan la. Tunggu layak dapat pencen dulu.

TGNA juga pengkhinat? Hari ni Encik Zulkifli Nordin buat hal lagi. Samakan kemasukkan TGNA dari Parti Pas dalam Kerajaan Campuran sebagai satu pengkhianatan.Nak tanya En Zulkifli Nordin la adakah TGNA berkempen memburukkan Parti sendiri. Adakah TGNA masuk kedalam Kerajaan Campuran sebab nak jadi kaya. Adakah hanya TGNA seorang sahaja yang masuk untuk membentuk Kerajaan Campuran.
Dah habis modal kah Encik Zulkifli Nordin ni. Saya rasa la betullah cakap seorang yang saya kenal tu bahawa Encik Zulkifli Nordin tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sehinggalah layak En Zulkifli Nordin mendapat pencen. Banyak la jugak duit pencen tu. Tak kerjapun tak apa dah lepas ni. Itu pun sekiranya Encik Zulkifli Nordin tidak boros berbelanja.Ditambah dengan bonus dari kawan-kawan daripada Umno maka bolehlah En Zulkifli Nordin membeli sebidang tanah di Baling untuk bercucuk tanam. Sukacitalah saya ingatkan bahawa di Baling sana nun banyaknya ahli Pas tidak terkira. Beranikah Encik Zulkifli Nordin berhadapan dengan mereka semua. Sebagai seorang yang khianat kepada Parti selayaknyalah Encik Zulkifli Nordin tinggal sahaja di Selangor tu. Lubuk emas. Mana boleh tinggalkan. Tak gitu wahai Encik Zulkifli.
P/s. Bila nak datang Kulim. Kami pengundi Encik Zulkifli Nordin amat merindui anda.

16.2.10

Buat perangai sebab nak bagi orang tak suka- Kepada siapa?

Sekarang ni PKR dilihat sebagai parti bermasalah. Ahli DUN dan Parlimen yang sering menimbulkan masalah kepada PR datangnya dari ahli PKR. Sebab apa timbulnya perkara ini. Nampaknya UMNO melalui ejen-ejen mereka sedang menimbulkan rasa syak wasangka kepada rakyat tentang gabungan ketiga-tiga parti ini samaada mampu bersama dalam mentadbir negara ataupun sekadar gabungan semasa pilihanraya.
Dilihat dari keadaan yang berterusan sekarang ini Umno mengambil peluang yang terhidang dalam mengabui mata rakyat dengan menonjolkan wakil-wakil mereka dalam menjaga kepentingan rakyat. Maka timbullah slogan "Umno Juara Rakyat".Di Kulim ini boleh dilihat betapa menonjolnya Abdul Aziz Sheikh Fadzir dalam menangani masalah yang timbul kepada penduduk di Kulim. Program mendekati rakyat yang baru-baru ini diadakan menampakkan betapa UMNO bersungguh-sungguh berusaha untuk mendekati rakyat sehinggakan dua biji bas digunakan bagi membawa ahli pergerakan wanita dan yang lainnya untuk bertemu dengan penduduk sekitar Pekan Kulim. Dengan sumbangan beras,gula,milo dan barangan dapur, penduduk juga telah diberi sejumlah wang sebagai bantuan kepada warga yang memerlukan.Dalam pada itu bagi rumah yang mempunyai anak gadis mereka ini dipelawa untuk mengisi borang sebagai ahli Puteri Umno. Yang sakit diziarahi yang miskin dibantu dengan barangan dapurnya surau dibersihkan secara gotong royong (kebanyakkan yang bergotong royong tu bukan penduduk setempat semuanya diimport).Kepada yang totok Pas rasanya puak ini tak kisah dan berasa tidak gusar dengan perkembangan ini. Telah ditanam dalam fikiran mereka orang bagi ambil tapi kalau pangkah ingat bulan tetapi bagaimana pula pandangan pengundi atas pagar. Mereka inilah sebenarnya yang menentukan kemenangan ataupun kekalahan calon..
Pertanyaannya sekarang dimanakah Zulkifli Nordin?. Sebagai ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu seharusnya beliau lebih peka kepada permasalahan rakyat. Sentiasa berhubungan dengan wakil untuk mengenal pasti sebarang kekurangan dan membantu dengan sikap terbuka bukan datang senyap-senyap kemudian lari tanpa dapat dikesan. Kehadiran dengan pandangan terbuka untuk dilihat ditempat awam adalah strategi yang amat perlu bagi menonjolkan diri dalam memperkukuhkan parti seperti yang dilakukan oleh Umno sekarang ini. Namun sebaliknya yang berlaku Abdul Aziz dilihat kebanyakkan orang sebagai seorang yang prihatin kepada permasalahan rakyat ditambah pula dengan sokongan jentera kerajaan serta media yang diketahui amat bias dalam melaporkan sebarang berita daripada Kerajaan Negeri ataupun wakil rakyat Pakatan.
Kesimpulannya sekarang ini adalah sikap berkonfrantasi dengan parti gabungan Pakatan Rakyat terutamanya daripada DAP adalah untuk menanam sifat benci ataupun meluat kepada Pakatan Rakyat bagi memperlihatkan hanya Umno sahaja yang bagus dalam membantu rakyat terutamanya di Kulim ini.Perangai dalam membantah keputusan yang dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari dan percubaan menimbulkan rasa tidak puas hati Melayu Pulau Pinang dalam isu Perarakan Maulidur rasul adalah salah satu strategi bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai. Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR tidak berkarisma untuk menjadi Pemimpin Negara. Bolehkah seorang ketua yang tidak mempunyai kebolehan mengawal ahli parti menjadi Ketua Negara.Adakah itu antara perjanjian antara beliau dengan Abdul Aziz sehingakan petisyen pilihanraya bagi membatalkan kemenangan beliau ditarik balik? Itulah telahan saya mengapa Zulkifli Nordin buat perangai untuk orang benci kepada PKR gabungan Pakatan Rakyat.Wallahhua'lam.

Zulkifli Nordin tak dak teloq. Cakap berapi takdak isi.

Zulkifli Nordin ni Ahli Parlimen Kulim yang tak dak teloq. Kuat pasai surat khabaq Umno saja. Dah tak dak tempat dalam hati penyokong Pas kat Kulim ni. Ahli PKR yang ada kat sinipun dah tak kelapaq kat dia ni dah. Rasa menyesal la pi buat gerak kerja sokong kempen dia ni. Dulu tokey kedai makan rumah kat Taman Dahlia tu cukup sokong la Zul ni. Orang kuat la. Tapi la ni sembang pasai zul ni pun dah tak mau.
Dia kata musang berbulu ayam kat DAP. Kalau TGNA dan TGHH boleh dok berbaik dengan parti DAP ni apa la pulak jadi masalah kalau ahli bawahan macam aku terima Parti DAP ni. Kalau Zul ni boleh kata Melayu yang sokong LGE ni dangkal penakut dan dayus macam la dia kata kat TGNA dan TGHH jugak. Awat dia ingat dia ni besaq sangat ka. Kalau dengan orang Kulim pun hang takut nak jumpa apa la pulak kami nak gelaq dekat hang. Apa kat kalau kami pengundi kat sini panggil hang pondan, darai tak dak teloq. Sedap ka dengaq ayat tu. Sedaq la sikit yang bantu hang kerja siang malam nak bagi hang menang kat Kulim ni boleh kata semuanya orang PAS. Kalau tak dak depa ni hang tak boleh la tunjuk lagak sembang dalam TV tu. Lain kali kalau nak mai Kulim tulis dalam blog hang tarikh dan masa. Kami nak buat perjumpaan tu dekat Kampung Air Merah dekat Markas PAS Pusat Aduan Awam tu. Hang boleh tengok la dangkal ka dayus ka penakut ka. Tu pun kalau hang berani turun mai Kulim ni. Amacam ada berani ka?.

9.2.10

Hakim korup tak boleh percaya.

Keputusan telah diketahui. MB Perak adalah Zambry . Sekarang ni kita pi la cari bomoh ka sapa ka yang tau ilmu hitam pi santau hakim-hakim tu atau santau wakil bebas kat Perak tu. Lepas tu adakan pilihanraya kecil. Sure menang punya. Lepas tu kita tengok majoriti belah PR lebih banyak maka Nizar pasti akan jadi MB pulak berdasarkan majoriti ahli dewan. Kalau dah macam tu punya penghakiman buat apa masuk bicara. Tunggu punya lama nak tau keputusan dia. Baik dari mula haritu bagi penghakiman. Majoriti diambil kira. Tak kisah la bebas ka sapa ka yang sokong. Yang dipersoalkan sekarang ni adakah undang-undang tubuh membenarkan lantikan MB sebelum MB yang sedia ada digugurkan. Macam mana nak gugur status sebagai MB. Mati ka, kena terajang keluar dewan ka atau suka-suka sultan nak lantik ka.
Kalau macam tu kita pi jumpa Sultan Kedah nanti masa Baginda jadi yang diPertuan Agung bagitau Najib ni orang jahat. Tak layak jadi PM. Banyak kes. Lepas tu kita rasuah la ahli BN supaya jadi bebas. Kita minta depa ni sokong PR. Sudah tentu Najib tak boleh jadi PM punya. Kita lantik la sapa-sapa yang kita fikirkan layak. Macam tu boleh. Tak perlu adakan pilihanraya. Senang SPR makan gaji buta.Sekarang ni peraturan dah tak boleh pakai dah. Undang-undang ditangan orang yang jahat lagi rasuah. Hakim kalau dah fikir bab nak makan, nak kuasa, nak imbuhan mana layak hidup lama. Dosa banyak. Kesian kat anak-anak depa nanti tak larat baca surah Yaasin kat atas kubur. Minta ampunkan dosa bapak depa ni.

8.2.10

Ada lagi yang nak keluar parti ni. Offer tengah tinggi!

Baguih la ahli PKR ni dengaq cakap ketua.
Saranan Menteri Besar Selangor agar mana-mana ahli yang tidak dapat bersama dengan pandangan serta prinsip diminta keluar parti agar dapat membersihkan parti dari anasir yang buruk serta merosakkan parti telah diambil tindakan dengan keluarnya bekas ahli umno yang tengah lapaq duit. Berserta dengan semangat Tahun Baru Cina ini pemberian ang pau kepada bekas ahli umno yang menyertai PKR kemudian masuk semula umno bolehlah diibaratkan seperti sireh pulang ke junjung.
Semangat pemberian ang pau yang diamalkan oleh kaum cina di Malaysia telah membangkitkan semangat ahli-ahli PKR ini bahawa dengan menyertai umno semula maka amalan ang pau ini akan dapat diteruskan dan diterima oleh mereka.Kandungan ang pau tersebut tidak diketahui tetapi melalui firasat saya mestilah banyak. Jika tidak masakan mereka ini yang berjawatan akan menyertai semula Umno. Apa-apapun tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid kerana berjaya menyedarkan barua-barua Umno ini dari terus merosakkan Pakatan Rakyat.

5.2.10

Bila UMNO Penang tak boleh cari makan.

Sekarang ni Umno tengah mengamuk.Pasai makan tak cukup. Sebabnya tender terbuka yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan dibawah DAP menidakkan peluang yang selama ini dimonopoli oleh UMNO. Cuba bayangkan selama ini lesen kontraktor 100% dipunyai oleh ahli IMNO. Berapa keratkah orang Pas, Pkr dan Dap yang mempunyai lesen hatta kelas F pun susah. Orang Umno ni kalau nak tau perangainya yang buruk adalah barang nak free modal mesti keluar ciput punya. Kalau boleh kerja yang dibuat semuanya nak free modal tak payah keluar. Untung nak banyak. Sebab tulah sistem tender terbuka ni dibantah. Kalau nak berniaga mesti keluar modal. Kerajaan negeri mesti nak jimat belanja. Takkanlah nak bagi kerja kat pihak yang claim tinggi. Mesti bagi kat yang boleh offer harga rendah dan kerja yang disiapkan menepati spesifikasi yang dikehendaki.
Pengalaman bumbung runtuh, dinding runtuh tu semuanya kerja kontraktor UMNO la tu. Takkan nak bagi lagi kerja kat diaorang ni. Lebih baih baik bagi kat orang Pakatan Rakyat. Yang boleh membantu ekonomi Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Yang berbondong-bondong berpiket,berdemonstrasi tu semuanya orang UMNO. Orang Pas tak masuk campur la kerja bodoh macam ni. Kalau ada orang PKR tu semestinya orang Zaharain mangkaq yang tak dapat projek. Kalau dah Ibrahim Ali masuk campur mestinya Umno terlibat sekali. Semata-mata sebab tak dapat projek. Nak tutup lubang si Brahim Ali musibat ni gunalah NGO-NGO Ngok yang buta hati. Macam la orang tak tau. Kerja Umno Penang ni macam tu lah. Kalau nak kaya cepat join Umno. Dapat la projek. Lepas tu jadi pecacai. Dapat permit teksi pun jadilah.

2.2.10

Dubur Saiful memang gred 'A'

Hari ini telah berulang lagi sejarah dimana reformasi berjaya dibangkitkan dalam jiwa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan sekali lagi sejarah berulang dimana pendakwaan terpilih berlaku dibawah pimpinan Najib Toya. Kali ini tuduhan perlakuan seks luar tabii yang dilakukan lebih teratur. Hari ini bermula perbicaraan kes liwat 2 Dato Seri Anwar. Bezanya kali ini pelakon lucah yang dicalonkan lebih muda, comel dan kadar kemutan dubur beliau lebih kuat. Disamping mengamalkan jamu, jambu yang sorang ini juga mengamalkan taktik kemutan yang membolehkan dubur beliau rapat serapatnya sehinggakan doktor tidak dapat mengesahkan berlakunya kesan tusukan kedalam dubur beliau.
Pendakwaraya hari ini menegaskan bahawa laporan doktor ynag diperoleho oleh team Anwar tidak meyenaraikan kesan kimia yang diperolehi yaitu terdapat air mani yang dikeluarkan dari dubur beliau. Malunya nak tulis kes dubur-jubur ni. Awat takdak kerja lain lagikah yang nak dibuat. Tapi kita layanlah saja cerita Pendakwaraya ni. Peguamcara Negara . Nampaknya episod usung tilam akan berulang. Naik pangkat la mamat celaka yang sorang ni. Nampaknya ada orang yang akan jadi kaya-raya nanti. Nampaknya Saiful pasti akan menjadi idaman kaki bontot seantero dunia. Dubur kelas 'A' lah katakan.
Tapi yang aku mushkil sangat ialah kes kena balun juboq tu bila, yang dia pi report tu bila, yang dia buat pemeriksaan doktor tu bila. TAK BERAK KA DIA. SANGGUP TAHAN TAIK SEKIAN PUNYA LAMA. TAK SAKIT PERUT KA DIA. KENTUT TAK BUSUK KA. HERAN, HERAN.